Header Ads

VIRAL
recent

DeBloater Menyekat Dan Membuang Bloatware Pada Android Dengan Mudah



Anda baru membeli Samsung Galaxy S7 Edge tetapi ia sarat dengan bloatware? Bloatware ini bukan sahaja memakan ruang storan pada smartphone anda, malah ia juga mejadikan peranti anda perlahan dari segi prestasi secara keseluruhan. Belum lagi disentuh mengenai keselamatan dan risiko untuk maklumat anda digodam, kita sebagai pengguna seharusnya mempunyai pilihan untuk membuang bloatware ini.

DeBloater merupakan salah satu software untuk menyekat serta membuang sebarang jenis bloatware yang terdapat dalam peranti Android anda. Anda boleh memuat turun software DeBloater ini pada PC dan Mac, untuk mudahkan anda  untuk membuang  beberapa jenis aplikasi yang tidak diperlukan tanpa perlu root (jika anda menggunakan Android Kit Kat). Terdapat beberapa syarat yang diperlukan supaya proses ini dapat dijalankan dengan lancar. Rujuk halaman XDA Developers untuk maklumat lanjut, lengkap dengan video.



Rujukan: XDA
Powered by Blogger.