Header Ads

VIRAL
recent

Android Mungkin Menggantikan Java Dengan Apple Swift




Swift merupakan pengaturcaraan (programming language) yang diasaskan oleh Apple bakal digunakan oleh Google untuk sistem operasi Android. Pemilihan ini secara tidak langsung akan menggantikan Java sebagai programming language yang asal. Menurut The Next Web, penukaran ini sedikit sebanyak memudahkan developer untuk membina apps untuk kedua-dua platform iOS dan Android selain dapat mengelakkan Google dari masalah perlesenan Java oleh Oracle. Dalam pada itu, ia juga dapat menyelesaikan masalah fragmentation yang membelenggu Android sejak sekian lama.

Swift adalah sebuah programming language yang dibina berasaskan bahasa C dan Objective C tapi ianya lebih mudah dijana tanpa parameter terhad yang ditetapkan oleh bahasa pengaturcaraan yang lain. Apple baru-baru ini telah mengumumkan Swift sebagai open source dan ia telah pun digunapakai oleh aplikasi Vimeo dan Pixelmator. IBM juga telahpun bertukar ke Swift untuk aplikasi atas taliannya. Umum mengetahui yang mana sistem Android sememangnya menggunakan Open Source namun Google masih memerlukan runtime untuk Swift serta menulis semula keseluruhan sistem operasi Android dan ini memakan masa.



Selain itu, Google juga telah lama menggunakan WebKit dalam Google Chrome, sebuah struktur enjin web yang dibina oleh Apple. Malahan, WebKit digunakan secara meluas bagi segala jenis aplikasi dan pelayar web termasuk Opera dimana ia lebih popular dari Gecko (struktur enjib web dari Mozilla). WebKit yang juga bersifat open source adalah lebih fleksibel, pantas dan stabil untuk aplikasi laman web dan sangat digemari oleh developer di seluruh dunia.

Walaupun penukaran ini mengambil masa, kami berharap ia dapat dilakukan secepat mungkin supaya kedua-dua platform ini tampil dengan operasi dan aplikasi yang lebih stabil, selamat dan terjamin.

SUMBER: The Next Web
Powered by Blogger.