Header Ads

VIRAL
recent

Adakah Ini Apple Car? Saksikan Video Ini



Hangat diperkatakan pada sektor automotif adalah ketibaan Apple Car. Walaupun setakat ini tiada lagi bukti yang sahih dan kukuh, terdapat beberapa laporan yang mengaitkan tentang kewujudan Apple Car ini, termasuklah Apple yang membeli beberapa fasiliti dan bangunan yang dinamakan sempena mitologi Greek. Disebabkan itu nama projek ini dipanggil "Project Titan". Video eksklusif di bawah ini dirakam oleh petugas Apple (dirahsiakan) di fasiliti tersebut yang menunjukkan rupa prototype sebenar Apple Car yang menariknya hampir sama dengan lakaran yang kita lihat selama ini. Saksikan:


Tambahan lagi, Motor Trend juga melemparkan spekulasi bahawa ia adalah Apple Car yang sebenar. Apple, dibawah kelolaan CEO Tim Cook, tidak pernah mengeluarkan sebarang hujahan mengenai produk yang belum tentu wujud malah sering menafikannya berulang kali. Pesaing utama Apple iaitu Tesla berjaya menarik beberapa bakat dari Apple untuk pembinaan kereta elektrik mereka dan ini merupakan satu cabaran besar buat Apple untuk mengubah persepsi industri bahawa setiap gajet yang tidak konsisten perlukan sentuhan Apple untuk melonjakkan pasaran kereta elektrik di dunia.

Patutkah Apple membina kereta? Rujuk pandangan kami di sini.


SUMBER: Motor Trend
Powered by Blogger.