Header Ads

VIRAL
recent

Digi Memperkenalkan Digi Video Freedom Bermula 15 April



Tidak cukup dengan menawarkan servis streaming lagu tanpa had dengan Digi Music Freedom, kini tampil pula dengan Digi Video Freedom yang menawarkan kuota sebanyak 3GB pada harga RM1 untuk 1 jam manakala RM5 untuk 5GB kuota untuk 1 hari. Antara laman web yang terlibat termasuklah YouTube, iflix, HyppTV, Astro on the Go, Tonton, Dailymotion dan Viu. Tawaran terhad ini terbuka pada pelanggan postpaid dan prepaid Digi mulai 15 April ini.

Menurut The Skop, pas yang sama boleh dibeli lagi setelah kehabisan kuota. Pengguna boleh mengaktifkan pas ini dengan aplikasi MyDigi. Dengan gandingan pelan postpaid yang menarik setakat ini, Digi terus cuba untuk menawan hati pelanggan, lebih-lebih lagi dengan kontroversi Maxis yang langsung tidak memberikan tawaran yang menarik buat pelanggan yang baru mahupun pelanggan sedia ada.

Walaubagaimanapun, U Mobile sudah lama menawarkan servis video streaming tanpa had bermula jam 2 - 10 pagi setiap hari dengan hanya mengaktifkan pas bulanan. Servis ini menyokong aplikasi YouTube, Tonton dan Viki kepada pelanggan postpaid dan prepaid sedia ada.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Digi Video Freedom, rujuk di sini.  

SUMBER: The Skop
Powered by Blogger.