Header Ads

VIRAL
recent

U Mobile Menawarkan Pelan P70 Dengan 15GB RM70 Sebulan


Perang harga antara syarikat telco di Malaysia semakin sengit. Digi baru-baru ini tampil dengan promosi Digi Postpaid 98 pada harga promosi RM78 sebulan lengkap dengan panggilan tanpa had, 7GB data dengan internet rollover (membawa lebihan baki internet ke bulan hadapan) serta Music Freedom dan iFlix tanpa had. Celcom pula menyusul dengan pelan pascabayar First Gold pada harga RM80 sebulan dengan 10GB (5GB hari biasa + 5GB hari minggu) data, internet rollover seperti Digi serta panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian.

Akhirnya, U Mobile muncul dengan pelan pascabayar yang lebih kompetitif: 15GB data lengkap dengan YouTube dan Tonton tanpa had (2 pagi - 10 pagi) serta panggilan ke semua rangkaian tanpa had hanya RM70 sebulan. Tambahan lagi, pelanggan pelan P70 sedia ada juga dinaiktaraf kuota datanya dari 7GB ke 15GB, pertama kali di Malaysia. Pelanggan baru boleh mendaftar ke mana-mana cawangan U Mobile berdekatan atau kekalkan nombor sedia ada dengan perkhidmatan Mobile Number Portability (MNP).



Walaubagaimanapun, promosi ini hanya ditawarkan sehingga 30 Jun 2016 sahaja. Jika anda seorang pengguna data yang tegar, jangan lepaskan peluang ini. Jika anda mahukan perbandingan lengkap antara pelan U Mobile, Digi dan Celcom, sila rujuk di sini.
Powered by Blogger.