Header Ads

VIRAL
recent

Spotify Sah Telah Menamatkan Sokongan Untuk Windows Phone




Jika anda merupakan pengguna Windows Phone dan kerap menggunakan aplikasi Spotify untuk mendengar lagu, anda mungkin sedikit kecewa kerana Spotify secara rasminya mengesahkan yang mana mereka telah pun menamatkan sokongan aplikasi untuk pengguna Windows Phone. Ini bermakna pengguna Windows Phone tiada akan menerima kemaskini baru untuk aplikasi tersebut.

Salah seorang pengguna Twitter Alessandro S telah pun berkongsi email yang diterima daripada Spotify mengenai perkara ini.

“We can confirm Windows Phone 8.x is no longer supported. You can still use our Spotify application on the associated devices, but it will no longer receive any further updates and download the application. We apologize for the inconvenience.”

Aplikasi Spotify masih boleh dimuat turun daripada Window Store tetapi tiada kemaskini baru akan dikeluarkan selepas ini. Untuk aplikasi Spotify bagi Windows 10, Spotify masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada mereka akan melancarkan aplikasi untuk platform tersebut atau pun tidak buat masa ini.

Powered by Blogger.