Header Ads

VIRAL
recent

Serangan Ransomware Melalui Aplikasi Transmission BitTorrent Pada OS X



Bagi pengguna yang menggunakan sistem OS X, anda dinasihatkan untuk tidak memuat turun aplikasi Transmission melalui Mac App Store kerana aplikasi tersebut boleh menyebabkan serangan malware 'KeRanger' terhadap peranti anda. Syarikat sekuriti Paulo Alto Network memberitahu ini merupakan kali pertama dalam sejarah yang mana sistem OS X yang dibangunkan oleh Apple diserang malware dalam bentuk Ransomware.

Ransomware adalah antara malware yang paling cepat tersebar dalam arena sekuriti cyber yang mana pengguna yang diserang dengan malware ini perlu membayar sejumlah wang kepada penggodam untuk mendapat kembali data pada peranti Mac mereka.

Kejadian ini agak menakutkan bila mana Ransomware ini mula menyerang sistem operasi Apple. Ini kerana Apple antara syarikat yang sangat teliti dalam membina sistem operasi mereka bermula dari User Interface sehingga kepada sistem sekuriti untuk peranti iPhone, iPad dan juga Mac.

Pembangun aplikasi telah pun muncul dengan kemaskini 2.92 dan meminta pengguna yang diserang dengan malware tersebut mengemaskini aplikasi mereka dengan kadar segera.

Sumber: TheNextWeb
Powered by Blogger.