Header Ads

VIRAL
recent

​Perbandingan Pelan Postpaid Digi, U Mobile, Celcom dan Maxis


Digi baru sahaja menawarkan belian data tambahan 8GB pada harga RM10! Atas permintaan, kami juga membandingkan pelan Maxis paling popular setakat ini.

Setiap pengguna telco di Malaysia mahukan yang terbaik dari pilihan mereka. Sama ada kita perlukan lebih panggilan, SMS mahupun internet, syarikat telco di Malaysia mula menyedari hakikat ini dan menawarkan beberapa pelan pascabayar yang kompetitif sejak awal tahun ini.

Jadi, untuk memudahkan anda membuat pilihan yang terbaik, kami sendiri sedang menguji ketiga-tiga pelan ini dengan teliti. Baik dari segi harga mahupun bonus tambahan, berikut merupakan jadual komprehensif antara ketiga-tiga pelan pascabayar terhangat ketika ini:


Kesimpulannya, ketiga-tiga pelan ini menawarkan panggilan tanpa had ke semua telco.

  • Pelan Digi sesuai bagi mereka yang gemar streaming lagu dan video, suka bersosial dengan WhatsApp dan WeChat serta serasi dengan pengguna iOS dan Android.
  • Celcom pula sesuai jika anda mengutamakan penjimatan maksima dengan 10GB data, panggilan dan SMS tanpa had ke semua telco serta rebat 5% bagi auto-billing setiap bulan.
  • Pelan U Mobile sesuai bagi pengguna data tegar dan gemar menonton YouTube pada harga yang lebih murah berbanding Celcom dan Digi.

Perlu diambilkira juga tentang liputan coverage bagi ketiga-tiga telco ini. Kami ada caranya. Walaupun Celcom dikenali dengan liputan paling luas di Malaysia, rangkaian 4G LTE nya tidak stabil sejak kebelakangan ini. Digi pula lebih mempunyai liputan yang secukupnya mahupun 3G dan lebih stabil manakala U Mobile diiktirafkan oleh OOKLA sebagai telco paling terpantas di Malaysia, meskipun liputannya masih terhad pada kawasan tertentu sahaja. Buatlah pilihan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda. Jika anda tidak berpuas hati dengan salah-satu daripada tawaran mereka, anda boleh bertukar rangkaian sesuka hati dengan Mobile Number Portability (MNP) selagi anda bebas dari komitmen bulanan pelan asal.
Powered by Blogger.