Header Ads

VIRAL
recent

OnePlus Gallery Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma



OnePlus sebelum ini dikatakan berjaya dengan flagship OnePlus One yang berjaya mencuri perhatian serta bersaing dengan syarikat besar seperti Samsung dan HTC. Jika sebelum ini OnePlus muncul dengan aplikasi Reflextion, hari ini OnePlus memperkenalkan aplikasi OnePlus Gallery untuk pengguna OnePlus 2.


Menurut OnePlus, aplikasi OnePlus Gallery akan memaparkan koleksi gambar dengan lebih mudah dan teratur. OnePlus Gallery turut membolehkan pengguna untuk mengedit, resize serta membuat sketching pada gambar.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya menyokong peranti OnePlus 2 yang menggunakan sistem OxygenOS 2.2.1 sahaja. OnePlus bagaimanapun akan mengumumkan sokongan untuk peranti lain sedikit masa lagi. Bagi mereka yang menggunakan peranti OnePlus 2, anda boleh memuat turun aplikasi OnePlus Gallery di Play Store secara percuma.

Rujukan: OnePlus.net.
Powered by Blogger.