Header Ads

VIRAL
recent

Apple Memperkenalkan iPhone SE Dengan Skrin 4 Inci Secara Rasmi


Seperti dijangka, Apple hari ini telah pun memperkenalkan line-up terbaru iPhone iaitu iPhone SE dengan rekaan bersaiz 4 inci sama seperti iPhone 5S. Ketika acara perlancaran iPhone SE awal pagi tadi, Apple memberitahu yang mana pengguna iOS lebih menyukai iPhone bersaiz 4 inci.
Some people they simple love smaller phones. They want the most compact iPhone design. -Greg Joswiak-

Menariknya, iPhone SE ini muncul dengan spesifikasi yang terdapat pada iPhone 6S. iPhone SE ini dilengkapi dengan cip prosesor A9 dan M9, yang mana cip tersebut turut digunakan pada iPhone 6S menjadikan iPhone SE 2 kali lebih pantas daripada iPhone 5S. 

Pada bahagian kamera, iPhone SE dilengkapi dengan kamera hadapan 1.5MP dan kamera utama 12MP yang mana Apple membuat beberapa penambahbaikan dari segi signal image processor, membolehkan iPhone SE menghasilkan gambar Panorama bersaiz 63 megapixel dengan lebih cantik dan tajam. Selain itu, iPhone SE turut menyokong rakaman video 4K dengan 30 Frame Per Second

iPhone SE ini turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari Touch ID tetapi Apple tidak menyertakan sokongan 3D Touch pada iPhone terbaru ini. Selain itu Apple turut menyertakan sokongan NFC untuk tujuan Apple Pay, mempunyai sokongan Live Photos, LTE dan Wi-Fi yang lebih pantas dan masa bertahan bateri lebih baik berbanding iPhone 5S.


iPhone SE muncul dengan dua pilihan storan dalaman iaitu 16GB dan 64GB. Harga iPhone SE bagi versi 16GB akan dijual berharga $399 manakala untuk versi 64GB pula akan dijual pada harga $499. iPhone SE akan mula dijual di Singapura bermula 31 Mac ini.

Rujukan: Apple.com
Powered by Blogger.