Header Ads

VIRAL
recent

Apple Menghantar Jemputan Media Untuk Acara Khas 21 Mac Ini




Apple hari ini telah menghantar jemputan media bagi acara khas mereka pada 21 Mac ini yang akan berlangsung di 1 Infinite Loop Campus Cupertino, Carlifornia. Apple dijangka akan memperkenalkan line-up terbaru iPhone iaitu iPhone SE, iPad Pro baru dan kemaskini untuk Apple Watch.

iPhone SE yang akan diperkenalkan nanti dijangka akan muncul dengan skrin 4 inci, kamera 12MP, mempunyai sokongan Live Photos, kapasiti bateri 1642 mAh sedikit besar berbanding iPhone 5S. Dari segi reka bentuk, iPhone SE ini sedikit menyerupai rekaan iphone 5S dan akan ditawarkan dengan dua pilihan storage 16GB/64GB.

Selain iPhone SE, Apple dijangka akan turut memgumumkan iPad Pro baru pada acara tersebut. iPad Pro baru ini dikatakan akan menggunakan skrin 9.7 inci, cip prosesor A9X, Smart Connector, dan mempunyai sokongan Apple Pencil. Apple juga dikatakan akan memperkenalkan Smart Keyboard Cover bersama-sama dengan iPad Pro 9.7 inci pada acara tersebut.

Untuk acara kali ini, Apple menggunakan tema 'Let Us Loop You In' memberi gambaran yang mana Apple Watch band baru iaitu Space Black Milanese Loop band akan diperkenalkan pada acara kali ini. 

Sama-sama kita nantikan acara khas Apple 21 Mac ini. Follow kami di Facebook, Twitter dan Instagram untuk kemaskini acara khas Apple nanti. 

Rujukan: 9to5Mac.com
Powered by Blogger.