Header Ads

VIRAL
recent

Digi Menawarkan Digi Smartplan 75 - Panggilan Tanpa Had dengan 7GB Data



Digi baru sahaja memperkenalkan pelan postpaid terbaru mereka iaitu Digi SmartPlan 75. Pelan ini diperkenalkan melalui website rasmi Digi yang mana menawarkan 7GB internet, panggilan tanpa had serta beberapa tawaran lain seperti iFlix dan Digi Music Freedom pada harga RM 75 sebulan. 

Digi SmartPlan 75 ini ditawarkan untuk masa terhad yang mana promosi bagi pelan ini akan berakhir pada 29 Feburari ini. Bagi anda yang ingin mendaftar Digi SmartPlan 75, pelan ini menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, 7GB internet dan untuk perkhidmatan SMS pula, pengguna boleh menghantar SMS percuma kepada 3 nombor Digi manakala SMS yang dihantar ke rangkaian lain akan di cas sebanyak 10 sen/SMS.
Digi SmartPlan 75 ini hanya RM 10 lebih berbanding Digi SmartPlan 65 yang turut menawarkan panggilan tanpa had kepada semua rangkaian tetapi hanya menawarkan data sebanyak 3GB. Menariknya mengenai Digi Smartplan 75 ini, Digi turut menawarkan perkhidmatan Unlimited Whatsapp dan juga Wechat. Ini bermakna, jika anda telah menggunakan quota internet sebanyak 7GB, anda masih boleh menggunakan Whatsapp dan Wechat seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Bagi yang berminat untuk melanggan pelan terbaru dari Digi ini, anda boleh pegi ke mana-mana Digi Center berdekatan anda ataupun boleh layari laman web rasmi Digi dan membuat pembelian terus dari laman web mereka.

Sumber: Digi
Powered by Blogger.