Header Ads

VIRAL
recent

Instagram Untuk Android Kini Muncul Dengan Fungsi Seakan 3D Touch



Bagi pengguna iPhone 6S dan iPhone 6S Plus, fungsi 3D Touch pada peranti terbaru Apple sangat berguna untuk mengakses pelbagai menu tambahan pada aplikasi seperti Instagram, Safari dan kebanyakan aplikasi ketika ini yang sudah dikemaskini bagi menyokong fungsi 3D Touch pada iPhone 6S dan 6S Plus.

Bagi pengguna iPhone 6S dan 6S Plus, jika anda menekan dengan sedikit kuat pada gambar, Instagram akan memaparkan preview dengan membolehkan pengguna memilih untuk Like, Comment dan menghantar Direct Message kepada rakan anda.


Hari ini Instagram muncul dengan kemaskini terkini yang membawakan fungsi seakan 3D Touch pada iPhone 6S dan 6S Plus untuk pengguna Android. Sedikit berbeza bagi sistem Android, pengguna tidak perlu untuk force touch pada gambar tetapi hanya perlu menekan selama beberapa saat pada gambar yang ingin dipreview


Bagi anda yang ingin mencuba fungsi terbaru ini, anda boleh memuat turun APK Instagram versi 7.13.0 di sini.
Powered by Blogger.