Header Ads

VIRAL
recent

OS X El Capitan Boleh Dimuat Turun Untuk Pengguna Mac




OS X El Capitan merupakan sistem operasi Apple bagi Mac kini boleh dimuat turun secara percuma bagi pengguna Mac. Pengguna Mac boleh mengemaskini kepada OS X El Capitan melalui Mac App Store dan kemaskini ini boleh dimuat turun oleh pengguna yang menggunakan Mac bagi model 2009 dan keatas.

OS X El Capitan merupakan kemaskini terbaru bagi sistem operasi Mac. OS X El Capitan dikatakan membawa banyak pembaharuan yang memudahkan lagi cara kerja dan pengurusan peranti Mac anda. Antara pembaharuan pada El Capitan ialah Spotlight Search yang lebih baik, aplikasi Notes dengan fungsi baru seperti Handwriting, Mission Control yang diselaraskan dengan lebih baik serta pelbagai penambahbaikan dari segi prestasi Mac.

Bagi pengguna Mac, anda boleh memuat turun secara OS X El Capitan di Mac App Store secara percuma. 

Rujukan: Apple

Powered by Blogger.