Header Ads

VIRAL
recent

Spotify Memperkenalkan Smart Running Playlist untuk Pengguna Android



Spotify telah pun memperkenalkan fungsi Smart Running Playlist secara ekslusif untuk pengguna iOS beberapa bulan yang lalu yang mana ianya mengfokuskan kepada pengguna yang meminati sukan seperti marathon. Spotify akan mengesan pergerakan serta tempo pengguna dan akan memainkan lagu mengikut tempo tersebut. 

Untuk membolehkan Spotify mengesan tempo larian, pengguna perlu memegang smartphone atau menggunakan strap seperti armband ketika larian supaya sensor pada aplikasi tersebut dapat mengesan pergerakan melalui accelerometer yang terdapat pada smartphone.


Apa yang menarik tentang Smart Running Playlist ini, lagu akan dimainkan dan pada masa yang sama akan reshuffle kepada yang lebih 'energetic' jika tempo larian semakin laju dan menurut Spotify ia berlaku secara real time mengikut kelajuan larian pengguna.

Untuk membolehkan fungsi ini digunakan, pengguna android perlu mengemaskini aplikasi Spotify kepada versi terkini di Google Play.

Rujukan: Spotify
Powered by Blogger.