Header Ads

VIRAL
recent

Review: Garmin Forerunner 225


Garmin merupakan syarikat yang tidak asing lagi dalam mengeluarkan siri jam sukan yang memberi fokus kepada pelbagai jenis sukan seperti larian, berbasikal, renang, mendaki, ski dan gabungan beberapa sukan lain. Bagi siri Forerunner, Garmin mengfokukan kepada sukan larian. Baru-baru ini, Garmin telah melancarkan Forerunner 225 (FR225) iaitu jam GPS untuk sukan larian yang dilengkapi heart rate monitor terbina di dalamnya. Ia merupakan model pertama daripada Garmin menggunakan teknologi tersebut. Dengan teknologi yang diperolehi daripada Mio ini, pelari boleh memantau degupan jantung mereka secara terus di lengan dalam usaha meningkatkan lagi prestasi larian semasa sesi latihan. Kami akan memberikan review penuh berkaitan jam FR225 yang berharga RM1299 ini untuk rujukan pembaca kami.

Unboxing
FR225 datang bersama kotak kecil berwarna merah. Di dalamnya, anda akan dapati terdapat 3 barangan utama iaitu jam FR225, kabel pengecas dan manual. Kabel pengecas adalah berbentuk klip yang disambungkan ke belakang jam untuk mengecas dan juga penyambungan kepada komputer bagi mendapatkan kemaskini firmware terbaru atau sync data kepada server Garmin. Untuk makluman anda, data juga boleh disync secara terus ke server Garmin melalui sambungan Bluetooth kepada telefon pintar dengan menggunakan aplikasi Garmin Connect. Manualbook pula memberi info berkaitan cara penggunaan FR225 yang mana anda tidak perlukan selepas membaca artikel ini.
Rekabentuk
Dari segi rekabentuk, muka jam FR225 adalah berbentuk bulat, mempunyai 3 button di bahagian kiri dan 2 button di bahagian kanan jam. Button paling atas pada bahagian kiri jam adalah button untuk On/Off jam yang juga berfungsi untuk menghidupkan lampu pada skrin jam. Dua lagi button di sebelah kiri jam berfungsi sebagai navigation button untuk pemilihan menu. Pada bahagian kanan pula, button merah berfungsi untuk unlock dan button untuk memulakan dan menamatkan larian. Button hitam pada bahagian bawah berfungsi sebagai button back. Pada belakang jam FR225 pula terdapat lubang pengecas dan optical heart rate monitor yang mana lampu berwarna hijau apabila fungsinya diaktifkan. FR225 mempunyai berat 54 gram dan mempunyai muka jam berdiameter 48 mm dengan ketebalan 16 mm.

FR225 mempunyai pelbagai mode bagi memudahkan pengguna memilih latihan yang sesuai dalam meningkatkan prestasi larian. Dalam mode utama iaitu mode Run, ia akan memaparkan pace serta masa di mana ia boleh diubah mengikut kehendak pengguna pada bahagian Settings. Ia boleh memaparkan sehingga 3 jenis paparan pada skrin pertama dan paparan tambahan boleh ditambah pada skrin kedua. Selepas disambungkan kepada GPS, button merah perlu ditekan bagi memulakan larian. Button merah perlu ditekan semula untuk pause atau menamatkan larian.

FR225 juga mempunyai mode Training: My Workout di mana anda boleh menetapkan larian-larian tertentu di website Garmin Connect. Sebagai contoh: sekiranya anda ingin membuat latihan Tempo Run, pengguna boleh menukar di website Garmin seperti rajah di bawah dan kemudian diupload pada jam FR225. Tempo Run adalah larian di mana anda mengekalkan kelajuan larian tertentu, pada jarak yang tertentu. Jam FR225 akan memastikan anda mengikut kelajuan yang telah anda tetapkan dan sekiranya anda tidak mencapai kelajuan yang ditetapakan, FR225 akan memberi notifikasi kepada anda ketika larian.

Mode Training: Interval pula sesuai sekiranya anda ingin melakukan speed training. Sebagai contoh: anda ingin memecut sejauh 1 km sebanyak 4 kali dan setiap km diselangi dengan larian perlahan sejauh 250 meter. Ianya secara mudah dapat ditetapkan menggunakan jam FR225 tanpa perlu ke website Garmin Connect.
Selain itu, FR225 mempunyai menu History untuk melihat segala aktiviti larian yang telah anda lakukan. Bilangan langkah setiap hari juga boleh dilihat di menu ini. Menu Records pula menunjukkan catatan terbaik anda menggunakan jam FR225 seperti 1km terpantas, 5km, 10km, 21km dan 42km terpantas. Pada bahagian Settings, terdapat pilihan untuk mengubah antaramuka FR225, paparan pada screen semasa larian, mengaktifkan heart rate sensor, bluetooth serta aktiviti langkah anda, menukar paparan face watch FR225, menukar waktu, menetapkan alarm dan sebagainya.
FR225 mempunyai pretasi bateri yang sangat baik. Walaupun mempunyai optical heart rate sensor, ia boleh bertahan melebihi 2 minggu dengan larian purata sebanyak 5 km sehari. FR225 juga mempunyai tracking activity iaitu ia boleh mengira langkah anda setiap hari. Ia akan memberi notifikasi untuk anda bergerak sekiranya anda tidak bergerak pada satu jangka masa yang lama. Jam FR225 dicipta kalis air dan boleh ditenggelamkan ke dalam air sehingga paras kedalaman 50 meter. Data larian pula amat mudah untuk diupload melalui aplikasi Garmin Connect di telefon pintar atau mengupload secara terus melalui sambungan kabel. Data yang dicatatkan adalah lengkap dan membantu untuk mengkaji prestasi larian anda.


Kesimpulan
Kami merasakan FR225 sesuai bagi seorang pelari tegar kerana segala fungsi latihan yang boleh meningkatkan prestasi larian boleh didapati pada jam ini. Optical heart rate sensor yang berada di jam ini penting untuk meningkatkan lagi prestasi seorang pelari tanpa perlu memakai heart rate sensor chest strap. Kekurangan yang mungkin ada bagi jam ini adalah ketiadaan Smart Notification seperti yang terdapat pada jam Vivoactive. Fungsi seperti ini patut ada terutama pada jam masa kini yang sentiasa berhubung dengan telefon pintar. Kami berharap, model Forerunner akan datang selain memiliki optical heart rate sensor ini, ia juga akan mempunyai Smart Notification dan kebolehan untuk menggunakan Connect IQ Store iaitu kebolehan untuk memuat turun aplikasi dari server Garmin.

Sekiranya penggunaan gajet dapat meningkatkan motivasi anda untuk terus bersukan dan menjaga kesihatan, maka teruskanlah dan belilah gajet-gajet ini. Akhir kata, "Majulah Sukan Untuk Negara".

Powered by Blogger.