Header Ads

VIRAL
recent

Patutkah Apple Membina Kereta?

Sedang hangat diperkatakan baru-baru ini adalah Apple, sebuah syarikat terkemuka dengan gajet seperti iPhone, iPad, dan Mac, berhasrat untuk menerajui bidang automotif pula dengan membina kereta. Atau lebih spesifik lagi; kereta elektrik lengkap dengan fungsi auto-pilot. Persoalannya sekarang, patutkah sebuah syarikat teknologi terkaya di dunia ini membina kereta? Relevankah untuk sebuah syarikat yang asalnya hanyalah pembina komputer peribadi dan gajet popular masa kini untuk masuk ke bidang permotoran?

Persoalan Demi Persoalan

Kita semua tahu sudah banyak syarikat pengeluar kereta terus menerus mengeluarkan pelbagai jenis model kenderaan seperti sedan, kereta kompak, pacuan 4 roda dan sebagainya. Kita sudah dihujani dengan pelbagai pilihan kereta beraneka jenis, saiz, warna, dan fungsi masing-masing. Pengeluar kereta premium seperti BMW, Mercedes, dan Ferrari sudah selesa dengan produk keluarannya. Jadi, apakah motif sebenar Apple untuk memasuki bidang ini? Adakah untuk mengaut lebih keuntungan? Atau untuk meluaskan pengaruhnya dalam bidang selain dari gajet dan komputer? Atau sekadar meninggikan darjat kebesaran logonya?

Siapakah Apple Sebenarnya?

Apple Inc. merupakan sebuah syarikat elektronik yang mendahulukan pengguna, bukan lagi syarikat komputer dalam pandangan kita. Sejak pelancaran iPhone 4, Apple telah membuang nama "Computer" dari nama asalnya, Apple Computer Inc. Jelas sekali mereka telah memberikan signal bahawa mereka tidak lagi membina komputer dan gajet sahaja. Mereka juga bukan sebuah syarikat yang mementingkan marketshare; Android masih lagi pengeluar smartphone popular di dunia. Mereka juga tidak mementingkan keuntungan semata-mata; produk yang dikeluarkannya bukanlah original, tetapi hanyalah versi yang lebih baik dari yang asal.



Sebelum ini, Apple telah membeli syarikat Beats Electronics sebanyak USD$1 Bilion. Beats adalah sebuah syarikat berkonsepkan lifestyle, bukanlah elektronik semata-mata. Ini boleh dilihat pada produknya yang dijual (headphone & speaker) dan servis yang disediakan (Beats Music streaming service). Apple juga bakal melancarkan smartwatch yang dipanggil Apple Watch, di mana ketiga-tiga variasi berharga dari RM1K sehingga RM38K. Betul. Sebuah jam pintar bakal dijual pada harga yang jauh lebih mahal dari model high-end Mac.

Kesimpulannya di sini, Apple membeli syarikat Beats kerana untuk menaiktaraf empayar iTunes yang dibina sejak zaman iPod lagi. Pelancaran Apple Watch pula ditujukan khas untuk golongan yang elit, golongan yang mementingkan kesihatan, dan golongan yang tidak berkira dalam membeli barang yang dijamin kualitinya. Mereka adalah sebuah syarikat premium; bilakah kali terakhir Apple melancarkan produknya pada harga mampu milik? Malah, iPhone 5c yang digembar-gemburkan sebagai model mampu milik pun dijual pada harga premium RM1.5K.

Apa Kaitannya Dengan Kereta?

Prinsip syarikat Cupertino ini sangat mudah; membina produk yang jauh lebih baik dari yang asal. Lihat sahaja MP3 player sebelum iPod, smartphone sebelum iPhone, dan tablet sebelum iPad. Pengaruh yang dibawa oleh mereka memberikan impak yang ketara pada industri. Lihatlah smartwatch sekarang; kebanyakannya lebih kepada gimik. Pembuatannya seolah-olah mengikatkan smartphone pada tangan. Begitu juga dengan industri kereta. Lihat sahaja dashboardnya. Bekas CEO Steve Jobs telah lama ingin mengubah persepsi terhadap industri automotif. Teknologi trojan-horse iaitu CarPlay hanyalah permulaannya.

Kontroversi

Kebanyakan analis termasuk CEO GM Daniel Akerson tidak bersetuju dengan hasrat syarikat Cupertino ini untuk membina kereta; menyifatkannya sebagai tidak logik. Ini kerana industri automotif adalah suatu bisnes ber-margin rendah, berbanding dengan keuntungan tinggi yang Apple perolehi dari produk-produknya. Mereka berpendapat bahawa Apple dapat memperolehi keuntungan yang tinggi kerana mereka beroperasi dalam industri ber-margin tinggi.

Kebenarannya adalah jauh terpesong disitu. Apple memperolehi margin yang tinggi kerana mereka sangat efisyen dalam kemahirannya mengatur strategi meskipun mengorbankan marketshare agar dapat mengekalkan kuasa pada harga. Jika Apple membina kereta, ia adalah sebuah kereta ber-margin tinggi kerana Apple hanyalah membuat produk ber-margin tinggi. Jika ia berjaya, kejayaannya tidak jauh beza dengan apa yang mereka perolehi dari bisnes Mac, iPhone, dan iPad — sesiapa yang menyukainya pasti akan membelinya, walaupun mereka dapat membeli produk yang sama spesifikasinya pada harga yang lebih rendah.

Apakah Kehebatan Apple Car?

Kita masih belum tahu lagi apakah fungsi yang bakal ada pada kenderaan pertama Apple. Mereka telah melantik pelbagai bakat dari bidang automotif dari syarikat kereta terkemuka termasuk Mercedes, Ferrari, Ford, dan Tesla. Kami jangkakan Apple akan merasmikannya pada tahun 2020. Adakah anda bakal membelinya? Atau sudah cukup sekadar menampal stiker putih pada nombor plat kereta anda?
Powered by Blogger.