Header Ads

VIRAL
recent

Meizu Melancarkan Meizu Pro 5 Secara Rasmi




Meizu hari ini telah melancarkan flagship terbaru mereka iaitu Meizu Pro 5 secara rasmi. Flagship terbaru dari Meizu ini muncul dengan rekaan premium; magnesium alloy dan logam yang mana ianya kelihatan sedikit seperti rekaan iPhone.

Dari segi spesifikasi, Meizu Pro 5 ini menggunakan cip prosesor Samsung Exynos 7420 sama seperti yang digunakan pada Samsung Galaxy S6, skrin 5.7 inci beresolusi 1080p, kamera utama 16MP dengan sensor daripada Sony yang boleh merakam video 4K, kamera hadapan 5MP dan turut dilengkapi fingerprint sensor. Meizu Pro 5 ini juga kini menggunakan port pengecasan USB-C yang menyokong fast-charging.
Meizu Pro 5 ini muncul dengan dua versi iaitu 3GB RAM untuk model 32GB dan 4GB RAM untuk model 64GB. Bagi mereka yang inginkan storage yang lebih besar, Meizu Pro 5 dilengkapi dengan slot untuk memory card yang menyokong sehingga 128GB.

Meizu Pro 5 akan mula dijual pada 12 Oktober ini yang mana untuk versi 32GB berharga 2799 Yuan (RM1925) manakala untuk versi 64GB pula berharga 3099 Yuan (RM2131). Meizu Pro 5 ditawarkan dalam 5 pilihan warna iaitu gray, silver white, silver black, gold dan rose gold. Buat masa ini Meizu Pro 5 hanya akan dijual di China bermula 12 Oktober ini.

Rujukan: Meizu
Powered by Blogger.