Header Ads

VIRAL
recent

Cari Telco Terbaik Di Sekeliling Anda










Rangkaian telco yang meluas dan pantas amatlah penting di zaman smartphone kini. Telco dominan di Malaysia seperti Maxis, Celcom, dan Digi telah lama mengembangkan empayar mereka, lengkap dengan pelan prabayar dan pascabayar yang beraneka harga dan pakejnya. Tetapi, itu semua tidak lagi relevan apabila signal telco pilihan di kawasan anda adalah sangat lemah. Apa gunanya dapat melanggan pelan ala carte Hotlink 1 GB/RM5 sehari jika anda langsung tidak dapat mengakses laman web Google?

Public WiFi Hotspot Kan Ada?



Betul. Tetapi bukan semua tempat menyediakan khidmat WiFi, apatah lagi yang percuma. Tambahan lagi, tak bermakna anda dapat manfaatkan internet sepenuhnya kerana sudah tentu ada pengguna lain seperti anda yang menggunakan hotspot yang sama. Belum sebut lagi pasal isu privasi dan sekuriti; bahaya untuk membuat transaksi perbankan menggunakan public WiFi.

Jadi Bagaimana?

Pengguna peranti Android dan iOS boleh memuat-turun aplikasi OpenSignal (Percuma). App ini pada asalnya hanyalah untuk menguji kelajuan internet anda (ala Speedtest.net app) tetapi kemaskini yang terbaru membolehkan app ini untuk mencari hotspot berdekatan, menguji, merekod, dan membandingkan kelajuan internet sama ada WiFi atau selular, dan yang paling menarik; mencari signal telco terbaik di kawasan anda, lengkap dengan statistik Download & Upload speed, latency, dan reliability.

Cara Penggunaan?
  1. Pastikan cellular data, GPS, dan location services diaktifkan. Muat-turun app OpenSignal dan buka app.
  2. Pada navigation bar yang terpapar, pilih Coverage.
  3. Tap pada arrow berbentuk condong untuk menandakan lokasi anda sekarang. Contoh: Alor Gajah, Melaka.
  4. Tap NetworkRank. Statistik telco akan terpapar mengikut susunan.
  5. Pada tab Simple dan Advanced, pilih Advanced untuk melihat telco apakah yang terbaik dari segi Download, Upload, Latency, dan Reliability. Contoh: Digi merupakan telco yang terbaik di kawasan persekitaran Alor Gajah, Melaka.



Bagaimana Untuk Kenalpasti Telco Terbaik?

Telco yang mempunyai ranking di atas tak bermakna ia adalah yang terbaik sepenuhnya. Faktor ini bergantung pada keperluan anda. Jika anda perhatikan screenshot di atas, Celcom adalah lebih stabil pada kadar 90% reliability dan 180ms latency, walaupun Digi mempunyai kelajuan muat-turun sehingga 3.73 Mbps. Penerangan lebih lanjut adalah seperti di bawah.
Download speed: Kelajuan maksimum muat-turun di kawasan itu (lagi tinggi lagi bagus)
Upload speed: Kelajuan maksimum muat-naik di kawasan itu (lagi tinggi lagi bagus)
Latency: Atau dengan nama lain, Ping, bermakna berapa lama masa yang diambil untuk peranti anda berhubung dengan cell tower terdekat (lagi sedikit lagi bagus)
Reliability: Kestabilan rangkaian di kawasan itu bagi mengurangkan drop calls dan SMS delay (lagi tinggi lagi bagus)
Apakah situasi anda?

  1. Jika anda seorang yang gemar memuat-turun lagu, mengakses Facebook dan YouTube, pilihlah telco dengan ranking Download tertinggi.
  2. Jika anda seorang yang gemar memuat-naik gambar dan video di Facebook, Instagram, dan YouTube, pilihlah telco dengan ranking Upload tertinggi.
  3. Jika anda jarang online tetapi anda mahu menggunakannya dengan segera apabila memerlukan, pilihlah telco dengan Latency (atau kadar Ping) yang rendah.
  4. Jika anda sering membuat panggilan atau SMS, dan tidak mahu ada sebarang drop calls ataupun delay dalam penghantaran SMS, pilihlah telco dengan kadar Reliability yang tertinggi.

Saya Tahu Apa Yang Saya Nak. Tetapi Telco Yang Saya Guna Sekarang Tidak Menepati Keinginan Saya.



Mudah. Jika anda menetap di kawasan itu buat beberapa hari (misalnya bercuti), anda hanya perlukan dapatkan kad SIM pilihan anda yang terbaik di kawasan itu. Ianya murah dan sangat berbaloi. Tetapi jika anda kerap berpindah dan menetap di kawasan itu untuk seketika, bertukarlah rangkaian anda sekarang ke telco pilihan anda dengan percuma. Bukan sahaja anda dapat mengekalkan nombor yang asal, anda juga dapat menggunakan servis dan perkhidmatan yang terbaik dari telco baru anda.

Sebagai contoh, sebelum ini saya memakai rangkaian U Mobile, tetapi Digi adalah telco yang terbaik di kawasan Alor Gajah, Melaka. Cuma akses laman web Digi dan klik Switch to Digi online. Isikan borang dan pihak Digi akan menghantar kad SIM yang baru ke lokasi yang anda mahu tanpa sebarang caj. Dan tanpa perlu bertukar nombor. Sangatlah mudah.

Apa Yang Perlu Saya Tahu?

Bukan semua telco menyediakan khidmat bertukar rangkaian secara online. Malah, ada juga mengenakan caj yang sedikit dan perlu membuat penukaran di pusat telco yang terdekat. Ini bergantung pada keperluan anda. Tetapi kos untuk bertukar rangkaian sangatlah rendah dan ia adalah lebih baik dari membeli kad SIM yang baru. Jadi manfaatkanlah teknologi dan servis yang ada dan dapatkan perkhidmatan yang terbaik untuk kegunaan harian anda.
Powered by Blogger.