Header Ads

VIRAL
recent

Jadikan Rumah Anda Mesra Tetamu

Apa gunanya mempunyai rumah yang tersergam indah tetapi tidak mesra tetamu? Maksudnya disini adalah sebuah rumah yang sentiasa sedia menyambut tetamu dengan fasiliti dan servis seperti kemudahan teknologi yang canggih bertujuan untuk menghiburkan tetamu-tetamu kita. Maklumlah, mereka mungkin datang dari jauh; apa salahnya kita jadikan kunjungan mereka itu sesuatu yang bermakna?



Perkhidmatan Wi-Fi Percuma

Kita dikelilingi dengan gajet-gajet pintar dan canggih seperti smartphone dan tablet tetapi ia tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya tanpa internet. Dengan menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma untuk tetamu, mereka dapat menggunakan servis internet sedia ada di rumah kita tanpa segan silu. Mungkin mereka kehabisan data pada pelan internet mereka, atau mungkin juga ada yang malu bertanyakan tentang "password" Wi-Fi di rumah kita.



"Guest Zone" bagi router D-Link, rangkaian khas untuk tetamu. 

Jadi, patutkah kita memberikan akses internet utama pada mereka? Tak semestinya. Kebanyakan router terkini mempunyai fungsi "Guest Zone", "Visitor Mode", dan sebagainya di mana ia boleh menyediakan satu rangkaian berasingan dari yang kita gunakan; khas untuk tetamu. Sila rujuk laman konfigurasi router di rumah anda. Jika tidak, anda masih lagi boleh menyediakannya secara manual:

  1. Pergi kepada laman utama router anda menggunakan web browser. Biasanya beralamat 192.168.0.1 atau 192.168.1.1dan akses masuk dengan kata laluan bagi router anda.
  2. Bergantung pada jenama dan jenis router, cari konfigurasi bagi "Wireless Settings" di mana sebelum ini anda gunakan untuk setkan SSID (atau nama rangkaian Wi-Fi) di rumah anda.
  3. Tambah satu lagi SSID khas untuk tetamu. Kita namakan ia sebagai "Guest" atau "Visitor". Terpulang kepada kreativiti anda. Sediakan password bagi rangkaian tersebut.
  4. Uji sambungan rangkaian tetamu tadi dengan gajet anda.

Satu tip bagi memudahkan tetamu anda untuk mengakses internet; cetakkan helaian yang mengandungi nama rangkaian tetamu lengkap dengan kata laluannya dan tampalkan di rumah anda. Mereka tidak perlu lagi merujuk pada anda semata-mata untuk bertanyakan "password" Wi-Fi.

Media Streamer

Anda mempunyai Smart TV? Atau Apple TV? Atau Google Chromecast? Manfaatkan sepenuhnya bagi tetamu anda. Jika Smart TV anda mempunyai fungsi wireless beam di mana anda boleh stream media dari gajet ke televisyen, aktifkannya. Jika anda mempunyai set-top-box (terutama sekali yang menggunakan Android) sebagai perantara bagi TV dan gajet anda, tetamu anda boleh kongsikan sebarang media pada gajet mereka terus ke TV. Misalnya, Google Chromecast berupaya untuk menerima stream YouTube dan juga website dari smartphone Android terus ke televisyen.



Bagi pengguna Apple yang mempunyai Apple TV di rumah ia adalah lebih mudah; fungsi AirPlay sedia untuk menerima media dari peranti Apple yang lain. Contohnya jika tetamu anda mempunyai iPhone, mereka boleh kongsikan gambar dan video dari iPhone mereka terus ke televisyen secara wireless, tanpa sebarang konfigurasi. Malah, tetamu anda tidak perlu pun berhubung pada rangkaian Wi-Fi di rumah anda. Apple TV mempunyai empat fungsi utama AirPlay:

  • Streaming: Stream lagu, video dan gambar ke TV 
  • Mirroring: Stream skrin iPhone (ibarat cermin) terus ke TV, seperti apps dan games. 
  • Dual Screen: Jadikan iPhone sebagai controller bagi media ke TV, seperti games dan presentation 
  • Peer-to-Peer: Kongsi apa sahaja pada iPhone terus ke TV, tanpa akses pada Wi-Fi di rumah anda 

Port Mengecas Gajet

Ini adalah suatu keperluan paling kritikal pada zaman gajet kini. Keseronokan berinternet dan berkongsi media akan terhenti di saat gajet tetamu anda kehabisan bateri. Kebanyakan rumah kita tidak menyediakan soket elektrik khas untuk tetamu. Kemungkinan power bank tetamu anda perlu di cas untuk perjalanan jauh kemudian, apa kata kita sediakan soket khas untuk tetamu supaya mereka bebas untuk mengecas gajet mereka? Sediakan port dan kabel jika mereka perlukannya. Di negara luar, kebanyakannya mempunyai soket USB di dinding, khas untuk mengecas gajet tanpa perlukan plug dan sebagainya. Kami menggunakan alternatif yang lebih baik, seperti soket mudah alih di bawah:





Powerlink Modulinks boleh dimodifikasikan mengikut jenis soket, seperti 3-pin soket, Ethernet, mahupun USB. Boleh didapati di pasaraya terkemuka seperti Aeon dan Senheng. 




Masterplug 4-socket adalah soket mudah-alih lengkap dengan empat USB port dan empat soket 3-pin. Boleh didapati secara online di Lazada, Lelong, dan eBay. 

Ketiga-tiga elemen ini sudah cukup untuk menjadikan rumah anda mesra tetamu, selain dari layanan istimewa anda kepada mereka. Tetapi ia tidak terhenti di sini sahaja; anda juga boleh menyediakan perkhidmatan printtanpa wayar terus dari gajet, stream lagu pada speaker di rumah anda secara wireless menggunakan Wi-Fi mahupun Bluetooth, dan sebagainya. Kini tetamu anda enggan pulang ke rumah mereka lagi!
Powered by Blogger.