Header Ads

VIRAL
recent

Jadikan Smartphone Terpakai Sebagai CCTV di Rumah

Keselamatan rumah anda adalah sesuatu yang harus diambil berat. Anda boleh mengupah untuk memasang CCTV jika perlu, tetapi ia adalah jauh lebih mahal dan tidak praktikal pada zaman gajet masa kini. Jika anda mempunyai iPod touch (berkamera) mahupun iPhone terpakai yang sudah lama tersimpan di dalam laci, inilah peluang untuk manfaatkannya dengan menjadikan ia sebagai kamera 24 jam di rumah anda; boleh dilihat bila-bila masa di mana sahaja anda berada, dan secara percuma.



Bagaimana? Apa yang anda perlukan:
  • Sambungan Wi-Fi di rumah berkelajuan minima 3 Mbps
  • iPod touch (berkamera) atau iPhone yang terpakai
  • iPhone anda


Seterusnya, muat turun aplikasi Manything secara percuma di App Store pada kedua-dua device; iPod touch anda dan iPhone anda. iPod touch tersebut akan dijadikan sebagai kamera utama manakala iPhone anda digunakan sebagai viewer (atau pemerhati). Ikut arahan pada app tersebut dan bina akaun percuma. Manything juga menyediakan servis premium seperti fungsi menyimpan lebih banyak rakaman dan sebagainya. Kami merasakan servis percuma ini sudah memadai.

Memandangkan kamera pada iPod touch anda sentiasa dihidupkan, pastikan anda membuat pemasangan kabel USB untuk mengecas iPod tersebut. Gunakan kabel penghubung yang cukup panjang memandangkan anda bakal meletakkan iPod ini di tempat yang tinggi dan tersembunyi. Kemudian, ikuti langkah berikut untuk konfigurasi seterusnya:

  1. Sambungkan iPod touch anda pada rangkaian Wi-Fi di rumah.
  2. Buka app Manything pada iPod dan pilih Camera. Pastikan butang merah (record) diaktifkan.
  3. Pada iPhone anda pula, buka app Manything dan pilih Viewer.
  4. Anda dapat melihat rakaman secara langsung dari iPod terus ke iPhone.

Jika anda tap pada nama iPod itu, akan terpapar skrin rakaman LIVE diikuti dengan Events di mana apabila terdapat pergerakan telah dikesan. Jika anda tap pada butang "gear" di bahagian atas kanan skrin, anda dapat mengubah pelbagai tetapan yang ada, antaranya seperti:
  • Switch Camera (guna kamera depan atau belakang)
  • Flashlight (hidupkan lampu jika gelap)
  • Sensitivity Threshold (mengubah tetapan sensitiviti pergerakan)
  • Detection Zones (menetapkan zon pengesan tertentu)
  • Send Push Notifications (memberi makluman pada anda)
  • Send Alert Emails (menghantar e-mail jika perlu)
  • Wi-Fi Video Quality (mengubah tetapan kualiti rakaman video)
  • Mute Audio (mematikan bunyi)
  • Stills Mode (menangkap gambar selain dari merakam video)
  • Time Between Stills (tetapan tempoh masa setiap tangkapan)
  • Screen Dimmer (menyalakan skrin iPod apabila terdapat pergerakan)

Menarik bukan? Ia tidak terhad pada satu kamera sahaja. Jika anda melanggan pada pakej 1 bulan RM15 dan ke atas, anda dapat menambah lebih banyak kamera; lebih-lebih lagi pada sesiapa yang mempunyai pelbagai model iPod touch atau iPhone yang tidak lagi digunakan. Jika ingin dibandingkan dengan sistem CCTV, kosnya adalah lebih rendah. Malah, anda juga dapat melihat semula rakaman dengan melayari laman web www.manything.com.

Selamat mencuba!
Powered by Blogger.