Header Ads

VIRAL
recent

iPhone 6S dan 6S Plus Akan Dijual Di Malaysia 16 Oktober Ini.





Apple telah mengumumkan yang mana iPhone 6s dan 6s Plus akan mula dijual secara berperingkat pada 9 Oktober ini di lebih 40 buah negara termasuk Andorra, Austria, Belgium, Bosnia, Bulgaria, Croatia, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, Greece, Greenland, Hungary, Iceland, Ireland, Isle of Man, Italy, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Maldives, Mexico, Monaco, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, Russia, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden, Switzerland and Taiwan. 


iPhone 6s and iPhone 6s Plus will be available in India, Malaysia and Turkey on Friday, October 16 and in over 130 countries by the end of the year.
Bagi pasaran negara Timur Tengah seperti Bahrain, Jordan, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, Apple akan mula menjual peranti terbaru mereka bermula 10 Oktober. Turut diumumkan yang mana Apple akan mula menjual iPhone 6s dan 6s Plus di Malaysia, Turki dan India pada 16 Oktober ini. Buat masa ini harga bagi iPhone 6s dan 6s Plus di Malaysia masih belum diumumkan. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi bagi harga iPhone 6s dan 6s Plus nanti.

Rujukan: Apple

Powered by Blogger.