Header Ads

VIRAL
recent

Fungsi Baru Pada iOS 9 untuk iPhone/iPad anda



Apple telah pun melancarkan iOS 9 secara rasmi kepada pengguna iOS pada 16 September dengan membawakan pelbagai fungsi baru untuk pengguna iPhone dan iPad. iOS 9 boleh dimuat turun bagi pengguna yang menggunakan iPhone 4S, iPhone 5/5C, iPhone 6/6 Plus manakala untuk pengguna iPad, peranti yang masih menyokong kemaskini untuk iOS 9 ialah iPad 2/3/4, iPad Air/iPad Air 2, iPad mini/iPad mini 2 dan iPad mini 3.

1. Low Power Mode

 Apple memperkenalkan fungsi Low Power Mode yang boleh diaktifkan melalui Settings -> Battery -> Low Power Mode. Mode ini sekiranya diaktifkan akan mematikan beberapa aktiviti seperti background app refresh, kemaskini e-mail secara push dan lain-lain, tanpa mengganggu fungsi asas seperti penerimaan sms dan panggilan. Mode ini dikatakan mampu menambah tempoh bateri iPhone kepada 3 jam.

2. Back to App

Untuk kembali pada mana-mana aplikasi yang sedang digunakan kini lebih mudah pada iOS 9. Kalau dahulu anda perlu double click home button untuk memilih aplikasi Safari pada app switcher, kini tidak lagi. Apa yang anda perlu buat ialah tap pada bahagian atas kiri telefon anda untuk kembali kepada aplikasi yang sedang gunakan.

3. Aplikasi Notes yang lebih baik

Sekiranya aplikasi Notes sebelum ini amat ringkas dan kurang fungsi, kini pada iOS 9 aplikasi ini menerima pelbagai fungsi baru termasuk menambah link bagi laman web, meletakkan gambar, membuat checklist serta yang paling menarik ialah membolehkan anda menggunakan fungsi handwriting pada nota tersebut. Anda kini tidak lagi perlu bergantung kepada aplikasi third party untuk membuat nota yang menarik.

4. Wi-Fi Assist

Anda mungkin pernah menghadapi masalah kelajuan internet sekiranya signal Wi-Fi anda lemah. iOS 9 akan membantu anda untuk memilih internet connection yang lebih laju melalui Wi-Fi Assist. Fungsi ini mampu mengesan sekiranya signal Wi-Fi anda lemah dan akan menukarkan rangkaian anda kepada 3G ataupun LTE. Wi-Fi Assist boleh diaktifkan melalui Settings -> Cellular -> Wi-Fi Assist.

5. Fungsi Zoom Video

Kini anda boleh zoom pada video yang anda sedang tonton. Caranya sama seperti fungsi zoom gambar pada peranti iPhone dan iPad anda.

6. Keyboard yang lebih mesra pengguna

Sebelum ini, sekiranya anda menaip huruf kecil atau besar menggunakan keyboard iOS, huruf yang dipaparkan ialah huruf besar dan ini membuatkan sesetengah pengguna berasa keliru sama ada telah menekan capslock/shift ataupun tidak. iOS 9 membolehkan pengguna menetapkan sama ada huruf pada keyboard tersebut berubah mengikut huruf yang hendak ditaip. Sekiranya anda sudah terbiasa dengan keyboard pada iOS 8, jangan risau, setting ini boleh diubah pada Settings -> Accessibility -> Keyboard -> Show Lower Case.

7. Penambahbaikkan pada aplikasi Photos

Aplikasi Photos pada iOS 9 kini mempunyai fungsi Hide Photos. Pilih gambar yang hendak dihidekan, tekan butang Share dan pilih Hide. Gambar anda akan tidak akan muncul pada Moments, Collections dan Years tetapi masih boleh dilihat pada bahagian Albums
Penambahbaikkan yang sangat berguna ialah fungsi thumbnail slider yang membolehkan pengguna melihat gambar sebelum dan selepas serta membolehkan anda melangkau kepada gambar yang anda mahu lihat tanpa perlu kembali kepada keseluruhan Album.
Untuk mengetahui lebih banyak tentang aplikasi Photos pada iOS 9, anda boleh melihat video review iOS 9 di penghujung artikel ini nanti.

8. Mengesan pencahayaan sekitar

Sekiranya anda meletakkan iPhone anda skrin ke bawah, ia akan menggunakan cahaya persekitaran untuk mengenalpasti bila skrin akan digelapkan untuk menjimatkan kuasa bateri. Sekiranya anda meletakkan iPhone anda dalam keadaan skrin ke bawah dan tidak menerima cahaya, skrin anda tidak akan diaktifkan walaupun anda menerima notifikasi atau mesej.

9. Menyimpan dan meletakkan lampiran pada e-mel

Pada iOS 9 anda kini boleh menyimpan atau meletakkan lampiran e-mel pada aplikasi Mail menggunakan iCloud Drive. Bagi memuat turun lampiran, tekan pada lampiran tersebut dan pilih Save Attachment. Bagi meletakkan lampiran, tekan pada mana-mana bahagian mesej anda dan pilih Add Attachment.

10. Paparan Desktop Site

Sesetengah laman web lebih sesuai dilihat melalui paparan desktop berbanding mobile. iOS 9 kini membolehkan Safari memilih setting paparan laman web secara desktop.

11. Markup and Reply - khas untuk aplikasi Mail

Anda boleh menggunakan fungsi handwriting, meletakkan perkataan, menandatangan mahupun membesarkan sesetengah kawasan yang penting semuanya boleh dilakukan terus daripada peranti iOS anda. 

Fungsi khas iOS 9 yang hanya terdapat pada iPad

1. Slide Over - iPad Air 2, iPad Air, iPad mini 2 dan iPad mini 3

Fungsi ini membolehkan pengguna peranti yang disenaraikan membuka aplikasi lain tanpa menutup aplikasi yang anda sedang gunakan. Sekiranya anda sedang melayari Safari, anda boleh membuka aplikasi Twitter atau Facebook untuk membalas tweet atau comment tanpa perlu menutup Safari. Bagi menggunakan Slide Over, anda perlu swipe skrin anda dari kanan ke kiri untuk melihat aplikasi lain. 

2. Picture in Picture - iPad Air 2, iPad Air, iPad mini 2 dan iPad mini 3

Kini anda boleh menonton video atau membuat panggilan Face Time semasa anda menggunakan aplikasi lain. Sebagai contoh anda sedang menaip e-mel dan anda merima panggilan Face Time daripada rakan anda, anda boleh menjawab panggilan tersebut tanpa perlu meninggalkan aplikasi Mail. 

3. Split View - iPad Air 2

Split View membolehkan anda membuka 2 aplikasi serentak seperti membaca artikel pada Safari dan menulis email pada masa yang sama. Fungsi Split View hanya boleh digunakan pada iPad Air 2 buat masa ini.

4. QuickType - semua iPad yang menyokong iOS 9

QuickType membolehkan anda copy/paste, menambah lampiran serta format teks menggunakan keyboard dengan memaparkan satu Shortcut Bar di bahagian atas keyboard anda. Fungsi Shortcut Bar ini berbeza mengikut jenis aplikasi yang sedang gunakan. 

5. Easy Text Selection - semua iPad yang menyokong iOS 9

Anda juga boleh menggunakan keyboard iPad sebagai trackpad. Letakkan dua jari pada skrin untuk mengaktifkan trackpad dan ia akan berfungsi seperti cursor untuk memilih teks. Double-tap untuk memilih perkataan manakalah triple-tap akan memilih satu perenggan.

Kesimpulan

iOS 9 merupakan sistem operasi yang dibina berasaskan iOS 7 dan iOS 8. iOS 9 lebih menekankan aspek keselamatan dan perlindungan maklumat peribadi anda. Jangan lupa untuk kongsikan pengalaman anda menggunakan iOS 9 di ruangan komen. 


Powered by Blogger.